Saturday, June 26, 2010

Petua Penjagaan KAKI!

ni ada beberapa petua penjagaan kaki...supaya kaki tu santik dan menarik..hehehe

hikhik

1.Periksa seluruh kaki anda setiap hari dengan mencari atau merasai antara celah-celah jari kaki dan kawasan tumit. Pastikan sama ada terdapat luka, rasa sakit, melecet dan kalus (belulang).

2.Gunakan cermin atau minta pertolongan orang lain jika anda tidak dapat melihat kaki anda.

3.Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam (bukan air panas) dan sabun yang lembut. Jangan rendam kaki anda kerana ia akan menjadikan kulit kaki terlalu lembut dan rapuh; jangan gunakan sarung tangan yang kasar atau berus dan jangan membasuh kaki anda terlalu lama.

4.Keringkan kaki anda sebaik mungkin menggunakan tuala lembut dengan menepuk secara perlahan, jangan gosok. Pastikan anda turut mengeringkan bahagian antara jari kaki kerana kulit yang lembab boleh membawa jangkitan. Anda juga boleh menggunakan bedak talkum pada kaki anda kerana ia boleh mengekalkan kekeringan kaki.

5.Jika kaki kering, anda boleh gunakan pelembap untuk mencegah keretakan. Bagaimanapun, jangan gunakan pelembap di antara jari kaki kerana ini boleh membawa jangkitan.

6.Potong kuku kaki. Potong dengan menggunakan pemotong kuku selepas membasuh dan mengeringkan kaki anda. Potong kuku mengikut bentuk kuku dan jangan terlalu pendek. Ingat, jangan potong di bahagian sudut kuku. Ini boleh menyebabkan cekam atau kuku kaki tumbuh ke dalam kulit. Kemudian, kikis kuku kaki dengan pengikis kuku untuk meratakannya.

7.Alat-alat yang digunakan untuk rawatan kaki seperti pengikis untuk menghilangkan kalus, pisau cukur, gunting hujung tajam dan plaster kematu tidak boleh digunakan sama sekali bagi orang yang menghidap diabetes kerana peralatan ini dengan mudah boleh menyebabkan kecederaan atau merosakkan kulit. Gunakan batu lahar untuk menanggalkan kalus selepas membasuh kaki. Gosok batu tersebut dengan lembut di atas kalus pada satu arah sahaja. Teruskan melakukannya selama lima minit setiap hari sehingga kalus tersebut ditanggalkan.

8.Lakukan senaman dan urutan kaki setiap hari untuk merangsang peredaran darah. Jangan pergi ke rumah urut untuk berurut kerana ia boleh mencederakan kaki anda.

kiji: cukup dlu setakat ni..nanti sambung lg :D

2 comments:

kiji said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

test..