Wednesday, July 7, 2010

Penyebab sering sakit kepala

pening?
sakit kepala?
mesti ada penyebabnya...yahhh..cek it out...o_O

1~Merokok
Merokok ataupun menghidu asap rokok boleh menyebabkan sakit kepala. Jika kita mahu berhenti daripada merokok, ada kemungkinan yang kita akan mengalami sakit kepala untuk beberapa hari yang pertama. Walaubagaimanapun kita hendaklah cuba bersabar dan meyakini bahawa lambat laun sakit kepala kita itu akan hilang juga hasil dari meninggalkan tabiat yang kurang sihat itu.makanyaaa:berhenti merokok mas :D


2~Kelaparan
Kadar gula yang rendah di dalam darah boleh menyebabkan kepala rasa tidak selesa dan akan menjadi sakit jika kelaparan berterusan. Mereka yang tidak bersarapan mungkin merasakan sedikit sakit kepala di waktu pagi, yang mana ia hilang selepas mereka mengambil makanan. Mereka yang menguruskan badan dengan berdiet sering mengalami sakit kepala kerana kekurangan kadar gula dalam darah.


3~Kafein
Bagi peminum kopi, nescafe, the ataupun cola, boleh menyebabkan sakit kepala yang berdenyut-denyut pada hari-hari di mana mereka kurang meminumnya. haiya: i like nescafe rich..can't stop woo4!!


4~Persekitaran
Cahaya yang terlampau terang atau berkelip-kelip boleh menganggur aktiviti otak dan meletihkan mata. Begitu juga bilik yang terlampau panas, bau-bauan yang kuat atau bunyi bising boleh mendatangkan sakit kepala.


5~Faktor Fizikal
Memakai tutup kepala seperti skaf atau topi yang terlalu ketat, cermin mata yang tidak sesuai boleh memberi gangguan otot mata. Sakit gigi juga boleh menyebabkan sakit kepala yang kuat.


6~Cuaca
Mereka yang sensitif kepada cuaca mungkin mengalami sakit kepala sebelum berlakunya rebut petir ataupun pada hari yang panas di tempat yang tertutup. Cuaca yang sejuk, terutamanya bila angina bertiup kuat, boleh menyebabkan otot-otot kepala mengecut lantas menyebabkan sakit kepala.


7~TV / Wayang
Apa-apa aktiviti yang memerlukan kita memeberikan tumpuan untuk jangka waktu yang lama boleh mendatangkan sakit kepala. Ramai orang yang keluar dari panggung wayang mengalami sakit kepala. Sebaik-baiknya duduklah berjauhan dari skrin TV kerana ia boleh membantu melegakan ketegangan pada otot mata.


8~Ubat Penahan Sakit
Walaupun ubat penahan sakit seperti aspirin, paracetemol ataupun panadol diambil untuk melegakan sakit kepala, ianya boleh mendatangkan sakit kepala yang lain pula pada keesokan harinya. Mereka yang mengambil 30 biji / lebih ubat penahan sakit dalam sebulan sering mengalami sakit kepala yang dipanggil 'analgesic'. Berhenti mengambilnya untuk selama seminggu akan menghilangkan sakit kepala ini dengan segera.

~sakit kepala menggangu berfikir dan bekerja dengan baik~huu

2 comments:

KIDbrush® said...

Dalam Hikayat Sang Gedumbuk tiada menyatakan sakit kepala adalah diabetes. Walau bagaimanapon Wak Napie hade mengatakan penyebab sakit kepala adalah

1. Beruk x nak panjat pokok
2. Bini x kasik kawen 2
3. Gula dah habis
4. Anak umur 12 taun dh nak kawen
5. tayar beskal pancit
6. Sora bini membebel macam mesingun
7. Kena hempap buah kelapa!!

kiji said...

kid:
beruk pun sakit kepala..tu la xpanjat pokok dan bini lagi sakit kepala laa memikirkan niii..hahaha