https://www.facebook.com/sabah.pearl.98
![]()  | |
| code: k1/ price: RM 15.00 | 
![]()  | 
| code: k2 / price: RM 15.00 | 
![]()  | 
| code: k4 / price: RM 15.00 | 
![]()  | 
| code: k3 /price: RM 15.00 | 
![]()  | 
| code: k9 / price: RM 30.00 | 
![]()  | 
| code: k10/price Rm 30.00 | 
![]()  | 
| code k6/rm30.00 | 
![]()  | 
| code: k8/price rm30.00 | 
~Be HaPPy bEcauSe LiFe is WondeRful~
![]()  | |
| code: k1/ price: RM 15.00 | 
![]()  | 
| code: k2 / price: RM 15.00 | 
![]()  | 
| code: k4 / price: RM 15.00 | 
![]()  | 
| code: k3 /price: RM 15.00 | 
![]()  | 
| code: k9 / price: RM 30.00 | 
![]()  | 
| code: k10/price Rm 30.00 | 
![]()  | 
| code k6/rm30.00 | 
![]()  | 
| code: k8/price rm30.00 | 
Panduan berikut mungkin boleh dimanfaatkan supaya mengelak daripada pergaduhan berterusan. Antaranya: 
 Sejak  masih kanak-kanak, perempuan pandai menggunakan strategi merajuk untuk  mendapat apa yang mereka inginkan. Ramai juga isteri menggunakan  strategi merajuk untuk menang dan memaksa suami mengalah. Merajuk tidak menyelesaikan masalah, malah ia boleh memburukkan lagi masalah sedia ada. Walaupun dengan cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, strategi itu tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah, perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah apabila mereka hendak berdamai. Oleh itu, apabila si dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan diri sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum isterinya sendiri. 
   Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua pihak. Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak satu lagi. Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki lazimnya cenderung 'menarik diri' dan tidak mahu lagi bercakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk,  menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu  melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang  masalah. 
    Jika pasangan menunjukkan sikap mahu berdamai dan anda sendiri mahu  berdamai, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal.  Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura benci. Perbuatan seperti  itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka anda betul-betul tidak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai. 
    Jika mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ia  termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak  satu lagi. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. 
   Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Jika mahu berdamai, hentikan bahasa itu termasuk sindiran dan penghinaan. Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. 
    Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan mengenai hari ini dan hari  esok. Jangan pandang ke belakang melainkan untuk tidak mengulangi lagi  kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit  perkara yang menyebabkan konflik. 
    Menerusi pelbagai kajian, antara perkara yang banyak disebut lelaki  mengenai bekas isteri mereka ialah isteri mereka tidak senyum. Jadi,  senyumlah walaupun susah kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk  berdamai semula. 
    Selepas konflik yang berlaku itu berlarutan, kedua-duanya mungkin mahu  berdamai, tetapi takut risiko untuk memulakannya. Jika benar inginkan  perdamaian, ambil langkah untuk berdamai. Jangan tunggu sampai pihak  satu lagi yang memulakannya.  : sumber   | |
-
Skin Design By:
Free Blogger Skins
Artwork:
Elisabeth Perotin