Wednesday, December 9, 2009

kesukaan dan personaliti

kesukaan dan personaliti..
kadangkala benda-benda yang menjadi kesukaan kita dapat menggambarkan sifat atau personaliti kita,,biarpun ia tidak menggambarkan keseluruhan peribadi tetapi ia dapat menunjukkan salah satu sifat diri kita...
bunga kegemaran dan kaitannya dengan peribadi dan kerjaya



1. Bunga Matahari

personaliti: dikategorikan sebagai individu yang berkeyakinan, bercita-cita tinggidan setia. kamu juga sentiasa bersemangat dalam melakukan apa sahaja. kerjaya: bidang pengacaraan, menjadi editor majalah, penulis buku kanak-kanakdan juga peguam.

2. Bunga Orkid

personaliti: terlalu mudah simpati, agak misteri kerana suka berahsia. tidak terlalu memikirkan soal kewangan dalam kehidupan dan hidup serba sederhana.kerjaya: pelakon, penulis, pekerja sosial dan penggubah lagu.

3. Bunga Tulip

personaliti: sentiasa ingin menjadi yang terbaik, melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh. tidak gemar membazir.kerjaya: pengkritik teater, doktor dan pustakawan.

4. Bunga Daisy

personaliti: kamu sentiasa berpegang pada janji. disenangi oleh rakan-rakan kerana pandai menyimpan rahsia.kerjaya: bidang Psikologi, kejururawatan dan guru

5. Bunga Ros

personaliti: romantik, terlalu mudah jatuh cinta dan cinta merupakan subjek utama dalam hidup.kerjaya: pereka grafik, pencinta alam sekitar, pemuzik, pereka dalaman dan guru runding kecantikan.
Read More