Saturday, June 9, 2012

hidup sihat,lebih lama dan bahagia dengan Cinta

Sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?

Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:
  • Mencegah penyakit.
    Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.
  • Mengurangkan kesakitan.
    Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.
  • Menurunkan tekanan darah.
    Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.
  • Menghilangkan kemurungan.
    Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri.
  • Memberi anda rasa keseronokan semulajadi.
    Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang.
Read More

tabiat yang membuatkan anda sakit kepala

antara tabiat yg menyebabkan anda sakit kepala:
  • Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein.
  • Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.
  • Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.
  • Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.
  • Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stress, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.
  • Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.
Read More