Monday, December 27, 2010

Personaliti dan Binatang


post ni mengaitkan manusia dengan binatang..camana?mula2 cek tarikh lahir anda..pas tu tau la tarikh lahir anda adalah binatang apa..then skrollllll p bawah untuk cek peribadi anda mengikut kumpulan binatang tarikh lahir anda..siap!



Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing

Ogos 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati



Anjing:

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.


Tikus:


Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.


Singa:


Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arah kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.


Kucing:


Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:



Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.


Merpati:


Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!



Harimau Bintang:


Kamu seorang yang misteri.. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.


Monyet:


Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

betul?salah?mungkin ada betulnya kan?hehehe

notes:yang nda bagus ubah..yang bagus kekalkan..peace :D
Read More

Wednesday, December 22, 2010

Lelaki itu RUMIT

lelaki itu rumit?
rumit camana tu ar?
post entry kali ini membuktikan bahawasanya:::lelaki itu rumit bah sememangnya..
jan marah arrr


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.



2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.



3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.



4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.

Jika dia yang lebih pintar, dia bilang dia lagi hebat.



5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.



6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.



7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.



8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.



9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.

Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.



10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar..rumit..rumit..ish2

notes:betul ni kan wahai lelaki2..haha..cakap betul2..betul kan???







Read More

Sunday, December 19, 2010

kebaikan madu

Antara khasiat Madu lebah asli yang terbukti:..pastikan yang ORI tauuu..dan jangan lupa: dimulakan dengan Bismillah :)



Kekuatan Tubuh

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.

2. Memulihkan sel-sel urat besar.

3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.



Juga Baik Untuk Darah

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.

2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.

3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.

4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



Baik Untuk Bayi@Kanak-kanak


1) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.

2) Menyembuh dengan segera cirit-birit.

3) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.

4) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak


Juga Sangat Bagusss untuk Wanita

1) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.

2) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.



Untuk Lelaki


1) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.

2) Menguatkan tenaga batin.


Kebaikan-kebaikan Lain

1) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.

2) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.

3) Memulihkan penyakit berpanjangan.

4) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
5) Menyembuhkan penyakit dalam perut.

6) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.

7) Memulihkan batuk dan lelah.

8) Menghindarkan badan letih dan lesu.

9) Kurangkan kesakitan bila datang haid.

10) Baik untuk perempuan bersalin.

11) Membantu/menerangkan pemandangan.



Antara Cara yang Biasa Dilakukan Apabila Menggunakanya


1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.

2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.

3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.

4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)

5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.

6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.

7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.

9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.


notes: perempuan tak suka madu yang  satu ituuu..hehe
Read More

Saturday, December 18, 2010

10 Attitude That Girls Shold Aware

sometimes we didnt aware what we do...but people around didnt like it!so what to do is;BE AWARE..hehe cam hantu pla..

1.IGNORANT

This doesn’t mean that you didn’t concern about others at all, but it refers to your attitude which sometimes ignoring yet forgetting something that quite important. For example, your boyfriend reminds you not to do something, but after a while you tend to completely unaware about it. Doesn’t it out of your concern? Ask yourself. Research in Asia shows that 87% of men hate it.


2.QUEEN CONTROL

This is one of the bad terms ever. Everything you want to take control. It’s mainly refers to the term of your relationship with your men. You just keep giving order to do this and that, while you just seat back and watch. Remember, they are not toys. They have feelings too. Yet they have their own life to cope with. Even he asks you to decide, it doesn’t mean you can control him. They just give you chances to make decision as their appreciation towards you. Marriage successful rate is approximately 2% only.


3.MISITREPRETED INFO

This is quite dangerous. A small misunderstanding can even bring down a country. The problem is, most of the girls always take something to lightly and then wrongly interpret the info. What make it seems too bad? You do not listen to the whole things or read the full notes of it, but you already conclude the whole things. Too bad. If you did not listen or understand the whole messages, you could not clearly get the idea what was it actually, right? Can you just seat back, get clearly and listen or read thoroughly to get the main idea. It just the same as you read for the exam or listen to the lecture. But why can’t you do the same in your real life?


4.TOO DEPENDENT
 
This type of girls are nearly the same with itchy. Want to know why? Basically you want him to concern fully about you, but when you keep asking him to do a favor, what would he feel? Maybe he would get uneasy with that too, sometimes. It wasn’t that you can’t do it on your own. It wasn’t a mistake, but if you keep repeating doing that, even for small things, it’s not impossible he would leave you.



5.LAZY ASSES

This is exactly the same with above. LAZY – love always zipzap you. Meant that you hardly could get stick with the one you love if you are lazy. Why can’t you throw the words out of your life? I don’t think it’s a hard thing to move a few step to do somethings on your own instead of asking your men to do it for you. What do you think?


6.GAMERZ

Too bad. Someone who can’t stop her finger pushing the GBA or PSP in any situation. Is it okay with you? While spending time with your friends or you men, while hang out and most of the time you only concentrate with your games yet neglecting others. Games, games, and games. Where’s your time with your friends, with your men and with your family? Actually there’s no different between boy’s gamerz and girls but when it is done by the girls, it considered as weirdo. It looks awful. And even in America , this type of girls refers as freak.

 
7.HOT TEMPER

Another bad terms especially for a girl. Temper is a habit which can be change. It is not impossible. It means you easily get angry over something. For example, you were driving and suddenly you get angry with the car in front of you. Your smiles turn upside down. Yet you lose your mood already. Have you ever consider what would the person next to you feel? let say put yourself in that situation, how do you feel when your men get angry while driving? Think it. It’s all depends on you. Think it wisely for yourself. Don’t be stupid. Don’t let others can’t stand with your attitude. Marriage successful rate only 8.3%.

 
8.DEMAND

Not every man is wealthy and rich. No one can give you everything unless he is extremely rich. Sometimes you keep nagging something he can’t afford to give you. You want to have this and that, want to have great meals at luxurious places. Is it worth making him suffer? Some men are slightly more sensitive than girls. So? Think it thoroughly with what you are nagging and demand for.

 
9.PICKY @ CHOOSY

Think between your friends and your boyfriends. What make they differ in your life? It is obviously clear right? But sometimes you wrongly make things out. Did you? This usually what most girls wrongly did. Sometimes you prefer to entertain your friends’ more you’re your men. Don’t blame men if they get jealous. It’s your fault too. Girls, you should take closer look on this, for your own good.



10.FORGETFUL

This might make your boys feels a bit down and depress. Especially when you forgot his important things. For example, you tend to forget the present he gave you, his birthdate, special date, important things he ever told you and so on. It seems that you didn’t really appreciate him and it makes him feel bad. So you ought to do something about it.

notes: accept him what he is..as he accept u what you are...be happy..:)
Read More

Tuesday, December 14, 2010

rahsia TULISAN anda

salam..
entry kali ni adalah mengenai rahsia peribadi seseorang yang dapat diketahui melalui tulisannya..
ya meh?
baca la dlu...cek betul ka nda..heheheheheh..selamat membaca


ini adalah hasil kajian daripada Dr Fadzilah Kamsah dalam :Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian) Grapho ertinya tulisan Logy ertinya bidang ilmu

 

Tekanan


i. Tekanan yang kuat
~ Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. . Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif


ii. Tekanan yang ringan
~Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. . Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
~Semua huruf ditulis dengan bulat .
>Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)


ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
~Tulisan yang angular dan sharp .
>Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)



Kecondongan
i. Condong ke kanan .
>Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah


ii. Condong ke kiri .
> Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang


iii. Tegak .
>Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah


iv. Campur-campur .
>Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur



Kerapatan

i. Jarang-jarang .
>Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.


ii. Rapat-rapat .
>Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Pada huruf J, G, Y, Z


i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna .
>Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan



b) Kecil, pendek dan tak sempurna .
>Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi .
>Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah .
> Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

 iii. Tengah-tengah .
>Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana






notes: betul atau tidak semua pernyataan itu kita sendiri tahu menilainya..kalo betul simpan yang baik dan ubah yang buruk..peace~


Read More

Monday, December 13, 2010

macamana mengatasi CEMBURU!

cemburu???
wuuu jangan2..bahayaa...paling bahaya cemburu xbertempat..atau dgn kata kau: cemburu BUTA...
ni ada bebrapa cara untuk mengatasinya..paling tidak pun untuk mengurangkanya...sila baca dan selamat beramallll...kihkihkih


1. Ketahui punca

Tiada sebab cemburu jika kalau kita tidak tahu puncanya. Selidik mengapa anda cemburu hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, tersinggung atau kecewa dengan orang sekeliling. Tentu ada sebab mengapa anda kecil hati.

2. Tarik nafas dalam-dalam

Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan individu yang menyinggung hati anda. Cuba jadi individu profesional walaupun ketika berdepan dengan orang yang anda sudah jelak.

3. Menangis semahunya

Tidak salah mengekspresi diri dengan menangis. Pastikan anda tidak menangis di depan ‘lawan’, sebaiknya cari waktu terbaik untuk menyendiri atau bersama dengan orang yang anda percaya. Menangis sepenuh hati mampu meredakan tekanan.

4. Berfikiran positif

Buang jauh-jauh unsur negatif dalam diri, sebaliknya kembalikan aura positif. Cuba alih rasa cemburu dengan memikirkan benda yang baik-baik. Ibarat kata orang belajarlah memujuk diri.

5. Berhenti untuk membandingkan diri anda dengan orang lain

Alamat memang tidak akan habis cemburu jika sibuk membandingkan nasib anda dengan orang lain.

6. Jangan kecewa dengan diri sendiri

Setiap orang mempunyai kelemahan diri dan belajarlah mengakui tiada siapa yang sempurna. Positif dalam diri resipi untuk kurang berasa cemburu.

7. Percaya diri

Ketepikan rasa sakit hati, lantas percaya kepada bakat dan rezeki yang mendatang. Tidak perlu menjadi orang lain atau mempunyai perasaan hasad dengki yang akhirnya memakan diri.

8. Bekerja keras

Motivasi diri dengan berazam mengubah personaliti sedia ada. Ibarat menjadi lebih baik untuk hari esok berbanding hari ini. Tumpuan berikutnya untuk menjadi insan berkualiti yang menjadi rebutan semua orang. Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik. amin..

notes: sabar itu iman..



Read More