Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana  menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan  anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya  isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah  anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2  hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita  gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa  sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan  jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi  gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.
2. Wanita juga mudah  gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis  dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang  katanya... takut membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pulak dengan  riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"
3. Bila anak menangis  tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. Kalau yang dengar  pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya. Wanita lah  yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak..  Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun  mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua  utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu  menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena  uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So,  wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi  tua..
Kesimpulannya... . Wanita cepat tua & cepat gemuk adalah  disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala  pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan  anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu  melakukan seperti dia..
kiji wrote>>...ya ka?mama sy mantain ja..nda gemuk...haha..
 
 




 
 

 
 
 
 
 RSS Feed (xml)
 RSS Feed (xml)
2 comments:
Salam kiji... Sia sudah link blog ko... Ko bila lagi mo link blog sia? he he he
bah2...mo link la nie za..hehe..
Post a Comment