Thursday, April 23, 2009

tips utk mereka-mereka yg putus cinta..

Tips melalui saat putus cinta


Some tips for them who is just putus cinta..huhu


Cinta memang manis & indah bila diakhiri dgn. ikatan yg. sah. Bagaimana pula dgn. cinta yg. putus di tengah jalan. Tentu perit utk. menghadapinya... apatah lagi bila bekerja di satu pejabat. Mungkin dgn. panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah gulana, kepedihan & rasa kecewa yg. dialami.

1. Berdamai dgn. diri sendiri. Manjakan diri anda ie mandi sauna, urut aromaterapi dsb. Jgn. ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yg. diinginkan. Usah pedulikan komen-komen drpd. org. lain.

2. Hindari dari membuat keputusan2 besar kerana keadaan anda masih dlm. kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.

3. Berbicara dgn. org2 yg. anda percayai. Drpd. mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yg. boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah dgn. kawan2 lama yg. dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dgn. demikian akan akan lebih mempercayai diri.

6. Jgn. melarikan diri dgn. org. lain. Org. yg. baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru utk. menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dgn. binatang kesayangan spt. kucing, arnab dsb. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.

8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih... tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

9. Jgn. ragu memberi 'komplimen' utk. diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dgn. bunga lain.

10. Makan tepat pada waktunya. Jgn. menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dgn. cepat tapi jgn. pula hilang selera makan krn. anda akan jd. tidak bermaya. Makanlah dgn. tepat dan sihat.

11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'.

12. Lakukan hobi yang anda sukai ie. membaca, menonton tv, berkebun dsb.

13. Jgn. 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm. hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.

Petikan: Majalah Aneka Tips.

>>Anggaplah putus cinta itu adalah satu 'persinggahan' dalam kehidupan. Berfikiran positif utk. menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg. terbaik untuk diri anda. Sesuatu yg. terjadi ada kebaikan di sebaliknya. Sebagai seorg. Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yg. tersirat di hati kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan.

2 comments:

KIDbrush said...

kiji ang mcm pnh lalui je.... haku simpati

kiji said...

xpenah la kiD..
dan xmau pun..
lalalala