anda stress ditempat kerja?
di sekolah atau kolej?
di rumah?
atau dimana-mana?
oooo tidakkk..right now..right here::::ada cara-cara untuk menangani stress: take it easy..:D
•Hidroterapi boleh membantu mengurangkan kadar dengutan jantung yang kadang kala boleh menyebabkan stress. Cuba mandi dengan air sejuk bagi mengimbangi metabolisme. Semasa anda mandi, biarkan aliran air mengalir di sebelah kanan tangan. Kemudian, barulah dibasahkan di bahagian belakang badan. Semasa melakukan ini, pastikan air mengalir di bahu kanan dan barulah di sebelah kiri.
•Bersenam 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.
•Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan pencetus tekanan. Pilih persekitaran selesa dan bersesuaian diri anda.
•Menguap boleh membantu anda relax dengan meregangkan otot-otot, meningkatkan pengambilan oksigen dan menghilangkan tekanan.
•Penggunaan minyak bunga lavender di seluruh badan selepas mandi boleh membantu mengurangkan tekanan. Ini kerana agen aktif minyak lavender akan meresap di dalam kulit dan hidung sekali gus menghilangkan stres.
•Kekacang juga adalan sumber vitamin dan mineral yang menyokong sistem kardiovaskular. Memakannya membantu mengurangkan stres dan meningkatkan penumpuan.
•Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang menimbulkan kepuasan.
•Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.
•Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan serta, menarik nafas panjang akan merehatkan otot-otot.
•Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup.
•Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama.
•Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.
•Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.
•Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingan.
•Elakkan menerima kerja yang terlalu banyak.
•Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memutuskan sesuatu.
•Belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan dimiliki apabila berasa tertekan.
•Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan.
notes::kdg2 kertas juga merupakan tempat meluahkan stress yg bagus...xpun makan banyak2 biar gemuk..haha
2 comments:
elakkan stress anda dengan...
1.sembahyang
2.tido seakan-akan koma
3.kurangkan bercakap
4.banyakkan gelak, gelak sorang2 pon x pe janji ilang stress
jangan tahan napas, harus bernapas dgn betul, hah hah huhhh
jangan tahan kentut!
hahaha...yaa..jan tahan kentut nanti tambah stressss :))
Post a Comment