Tuesday, December 14, 2010

rahsia TULISAN anda

salam..
entry kali ni adalah mengenai rahsia peribadi seseorang yang dapat diketahui melalui tulisannya..
ya meh?
baca la dlu...cek betul ka nda..heheheheheh..selamat membaca


ini adalah hasil kajian daripada Dr Fadzilah Kamsah dalam :Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian) Grapho ertinya tulisan Logy ertinya bidang ilmu

 

Tekanan


i. Tekanan yang kuat
~ Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. . Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif


ii. Tekanan yang ringan
~Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. . Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
~Semua huruf ditulis dengan bulat .
>Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)


ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
~Tulisan yang angular dan sharp .
>Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)



Kecondongan
i. Condong ke kanan .
>Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah


ii. Condong ke kiri .
> Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang


iii. Tegak .
>Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah


iv. Campur-campur .
>Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur



Kerapatan

i. Jarang-jarang .
>Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.


ii. Rapat-rapat .
>Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Pada huruf J, G, Y, Z


i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna .
>Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan



b) Kecil, pendek dan tak sempurna .
>Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi .
>Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah .
> Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

 iii. Tengah-tengah .
>Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana






notes: betul atau tidak semua pernyataan itu kita sendiri tahu menilainya..kalo betul simpan yang baik dan ubah yang buruk..peace~


1 comments:

kiji said...

tq...sharing is caring..hehe