Saturday, March 19, 2011

tulang dan kesihatan

Tentang Tulang

Tahukah anda: Tulang anda adalah hidup dan seperti sel-sel atau tisu-tisu lain dalam badan anda, ia perlu diberi makan juga! Tulang yang tumbuh dengan sempurna akan menjadikan anda lebih tinggi dan lebih kuat. Tulang yang sihat juga dapat menyokong badan anda supaya anda boleh menjadi seaktif yang anda inginkan.


Makanan Untuk Tulang

Tulang anda adalah keras dan tumpat kerana ia dipenuhi dengan mineral seperti kalsium dan fosforus. Untuk memastikan tulang anda sentiasa tumpat, anda perlu selalu membekalkannya dengan kalsium. Anda juga memerlukan vitamin D, yang membina tulang dan membantu kecekapannya menyerap kalsium.

Tetapi selagi anda mengikuti cara pemakanan yang sihat, anda tidak perlu mengambil pil kalsium atau pil vitamin D. Kalsium boleh didapati daripada susu, keju, makanan bijirin, ikan bilis, kacang soya dan sesetengah sayuran, manakala vitamin D daripada sinaran matahari!


Terlalu Banyak Kalsium & Vitamin D
Jika anda mengambil terlalu banyak pil-pil kalsium atau vitamin D, anda mungkin akan mengalami keracunan. Keracunan vitamin D menunjukkan tanda-tanda seperti kehilangan selera makan dan rasa loya, dan mungkin menyebabkan kedahagaan yang serius, kelemahan, perasaan gementar dan tekanan darah tinggi. Keracunan kalsium boleh menyebabkan kerosakan sepanjang hayat kepada buah pinggang anda.


Tulang Yang Mudah Patah

Anda akan mengalami kepatahan tulang dan kesakitan teruk ketika lanjut usia, jika anda tidak menjaga tulang anda dengan baik sekarang.

Ini kerana tulang anda hanya boleh menyerap mineral sehingga anda berumur lebih kurang 30 tahun. Selepas itu, tulang anda perlu bergantung kepada kalsium dan fosforus yang anda simpan dalam badan anda sejak bertahun-tahun dahulu. Jika tulang anda tidak mempunyai cukup kalsium, ia akan mudah patah. Ini ialah sejenis penyakit yang dipanggil osteoporosis. Penyakit ini sangat menakutkan, kerana tulang-tulang anda akan tiba-tiba patah tanpa sebab, atau jika anda terjatuh sedikit.

Cara yang baik untuk menguatkan tulang anda ialah dengan mengambil makanan yang mengandungi banyak kalsium (seperti susu, keju dan yogurt), bersenam selalu dan jangan merokok. Anda harus mengamalkan tabiat-tabiat ini dari sekarang, bukan apabila anda berumur 50 tahun, kerana masa itu sudah terlalu lambat.


Mengapa Osteoporosis Dianggap Begitu Merbahaya
  • Osteoporosis tidak mengira umur, walaupun biasanya orang menghidapinya apabila umur sudah meningkat.
  • Perempuan dan lelaki boleh menghidapi osteoporosis, walaupun perempuan menghadapi risiko yang lebih tinggi.

·Perempuan Asia dan Kaukasia yang berkulit keputihan dan berbadan kecil menghadapi risiko yang lebih tinggi.

2 comments:

armouris said...

info tentang tulang sihat di SIHAT SELALU - Pemakanan Untuk Tulang Sihat

kiji said...

ok thanks...will visit :)