Thursday, July 28, 2011

perbezaan lelaki dan pempuan

Perbezaan antara lelaki dan wanita
Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza
tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan  manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

-Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.

-Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu
Read More

Friday, July 22, 2011

4 punca utama kerosakan kulit

Merokok  

Selepas matahari, rokok adalah perosak kulit kedua yang terbesar. Seseorang yang merokok akan mengalami 5 kali lebih kerutan diwajah berbanding orang yang tidak merokok. Selain daripada itu, perokok juga akan lebih terdedah kepada kanser kulit dan juga akan merosakkan kapilari pembuluh darah dan lapisan arteri, yang mengurangkan aliran darah ke kulit. Hanya 10 minit dari merokok akan mengurangkan bekalan oksigen ke kulit selama hampir satu jam. Ini akan menyebabkan kulit anda pucat, lesu, kusam dan ia juga akan melambatkan proses penyembuhan sekiranya luka. 40 peratus daripada pakar bedah plastik menyatakan mereka tidak akan melakukan pembedahan kepada perokok kerana proses penyembuhan luka mengambil masa yang lama dan ia akn meningkatkan kemungkinan untuk dijangkiti bakteria.

Alkohol  
 
Untuk penjagaan kulit, seseorang seharusnya minum sepanjang hari. Ini adalah untuk memastikan tubuh anda sentiasa mengandungi air yang cukup. Tetapi, alkohol tidaklah berfungsi seperti minuman yang lain. Ia akan menghidrasikan kandungan air didalam tubuh anda. Kesannya, kulit anda akan kelihatan pucat, lesu dan seperti kulit yang kekurangan air.

Tidur  
 
Untuk mengelakkan kulit anda daripada rosak, anda juga seharusnya perlu mendapatkan tidur yang cukup. Ini adalah kerana ketika anda tidur, tubuh anda akan bekerja untuk penghasilan semula kolagen dan keratin yang berfungsi sebagai protein untuk menyihatkan dan menegangkan kulit. Kekurangan tidur akan merosakkan kulit anda keseluruhannya dan akan menyebabkan bengkak di bahgian bawah mata.

Tekanan 
 
Stress juga merupakan punca utama terhadap kerosakan kulit manusia. Cuba elakkan diri anda daripada berada didalam situasi stress yang panjang. Sekiranya anda stess, dapatkan rawatan seperti urutan atau sebagainya.
Read More