Friday, July 22, 2011

4 punca utama kerosakan kulit

Merokok  

Selepas matahari, rokok adalah perosak kulit kedua yang terbesar. Seseorang yang merokok akan mengalami 5 kali lebih kerutan diwajah berbanding orang yang tidak merokok. Selain daripada itu, perokok juga akan lebih terdedah kepada kanser kulit dan juga akan merosakkan kapilari pembuluh darah dan lapisan arteri, yang mengurangkan aliran darah ke kulit. Hanya 10 minit dari merokok akan mengurangkan bekalan oksigen ke kulit selama hampir satu jam. Ini akan menyebabkan kulit anda pucat, lesu, kusam dan ia juga akan melambatkan proses penyembuhan sekiranya luka. 40 peratus daripada pakar bedah plastik menyatakan mereka tidak akan melakukan pembedahan kepada perokok kerana proses penyembuhan luka mengambil masa yang lama dan ia akn meningkatkan kemungkinan untuk dijangkiti bakteria.

Alkohol  
 
Untuk penjagaan kulit, seseorang seharusnya minum sepanjang hari. Ini adalah untuk memastikan tubuh anda sentiasa mengandungi air yang cukup. Tetapi, alkohol tidaklah berfungsi seperti minuman yang lain. Ia akan menghidrasikan kandungan air didalam tubuh anda. Kesannya, kulit anda akan kelihatan pucat, lesu dan seperti kulit yang kekurangan air.

Tidur  
 
Untuk mengelakkan kulit anda daripada rosak, anda juga seharusnya perlu mendapatkan tidur yang cukup. Ini adalah kerana ketika anda tidur, tubuh anda akan bekerja untuk penghasilan semula kolagen dan keratin yang berfungsi sebagai protein untuk menyihatkan dan menegangkan kulit. Kekurangan tidur akan merosakkan kulit anda keseluruhannya dan akan menyebabkan bengkak di bahgian bawah mata.

Tekanan 
 
Stress juga merupakan punca utama terhadap kerosakan kulit manusia. Cuba elakkan diri anda daripada berada didalam situasi stress yang panjang. Sekiranya anda stess, dapatkan rawatan seperti urutan atau sebagainya.

0 comments: