Sunday, August 29, 2010

10 petanda dia jodoh kita

saya dapat info ni dari facebook profile someone...dia ckp boleh share..so lets share :p

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Read More

Saturday, August 21, 2010

10 "jenis" wanita yang perlu dihinari oleh lelaki

1. Wanita Feminis
Wanita yang tersenari dalam golongan ini beranggapan bahawa segala penyakit dalam masyarakat berpunca dari lelaki dan mereka mendabik dada kononya wanita adalah makhluk paling mulia. wanita yang mempunyai naluri seperti ini selalu berfantasi dan memberi layanan yang cukup buruk kepada lelaki. kamu boleh cuba untuk mengenali wanita jenis ini dengan mudah melalui sifat anti lelakinya yang tidak berkesudahan..

2. Wanita kaki kikis
Wanita ini hanya mahukan wang kamu semudah mereka mendapatkan ABC. Mereka mengharapkan lelaki menaja keseluruhan kos hidupnya dengan alasan mereka hanyalah wanita. bagi golongan ini. lelaki mesti membayar makan minum, percutian, bunga dan perhiasan diri mereka dan mereka seolah-olah tidak pernah rasa bersalah mengikis harta benda lelaki. mereka di saluti emas, jadi lelaki perlu membayar harga yang setimpal dengannya. (000 pisau cukur la tu bah)

3. Wanita berangan
Kelompok wanita jenis ini hidup dalam dunia penuh fantasi dan angan-angan seperti dalam layar perak atau cerita dongeng. Setiap malam mereka akan menghabiskan masa membaca novel atau menonton filem dan berkhayal atau berangan mengenainya. Kadang kadang imaginasi. mereka tidak berpijak di bumi nyata. mereka mahu di layan seperti seorang puteri raja dan di belai manja persis seekor kucing parsi sepanjang masa

4. Wanita ilusi
Golongan ini hampir sama dengan wanita yang suka berangan tetapi dalam sudut lebih gelap. Mereka ini seperti mayat hidup iaitu seseorang yang pernah terluka pada masa silam dan cuba melalukan sesuatu untuk membalas dendam serta sabotaj perhubungan masa kini. perhubungan kamu dan wanita ini akan menjadi satu tragedi kerana pada mulanya dia akan menunjukkan minat yang membuak-buak tetapi dalam masa yang singkat dia boleh lenyap begitu sahaja dan cinta ini akan berulang dan terus berulang

5. Wanita Perasan bagus
Sama mcm wanita feminis, wanita jenis ini juga tidak sukakan lelaki. Mereke mengeji golongan lelaki dan sentiasa menyalahkan lelaki dalam segenap perkara. bagi wanita perasan bagus, tidak ada satu pun perkara yang baik mengenai lelaki. teruk, kejam, tak berhati perut dan perosak makhluk, itulah andaian mereka. Perasaan mereka sentiasa mendidih terhadap lelaki dan kemarahan mereka boleh diibaratkan seperti letusan gunung berapi

6. Wanita keliru
Pada permulaannya semua kelihatan cukup sempurna dan wanita ini mampu melayan lelaki dengan cukup baik. tetapi kebimbangan dalamnnya lambat laun pasti akan terserlah. lama-kelamaan dia akan menelefon kamu 10 kali sehari bertanya soalan yang remeh-temeh mengenai hubungan kamu berdua. Mereka sentiasa ragu-ragu dengan penampilan dan daya penarik tersendiri yang di miliki. Dia selalu bimbang kamu akan angkat kaki dan mencari wanita yang lebih daripadanya.

7. Wanita terdesak
Matlamat wanita golongan ini hanya satu iaitu berkahwin dan mahukan seks. Dia tidak kisah jenis lelaki dan apa perkerjaannya, asalkan apa yang mereka mahukan dapat dipenuhi segera

8. Wanita tamak haloba
Wanita ini penuh dengan helah dan tipu muslihat. pada awalnya dia hanya mengikut apa sahaja permintaan dan syart kamu. Namun apabila hubungan antara kamu sudah terlalu intim ataupun apabila kamu sudah berkahwin dengannya. barulah taringnya mula keluar. Dia menjadi begitu tamak haloba dan dia akan cuba membolot harta kamu dengan apa cara sekalipun.

9. Wanita pengoda
Biasanya kamu boleh mengesan wanita jenis ini dari jauh lagi kerana dia akan cuba memikat kamu dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan unsur seksual. Biasanya sasaran mereka adalah warga emas, lelaki gatal dan ada kalanya mereka menggunakan keseksian mereka untuk memancing lelaki seperti lebah menghurung madu.

10. Wanita QC
Wanita ini akan menjajah setiap inci kehidupan kamu. Dia akan tentukan apa yang akan kamu pakai, makan. kemana perlu pergi dan segala-galanya. Dan apabila kamu cuba pertahankan hak kamu, dia akan mula menangis, meraung, mencebik atau menggunakan segala taktik wanita sehingga kamu mengalah dan menurut kehendaknya.

notes: nobody perfect, but be perfect as you can :D

Read More

Monday, August 16, 2010

bagaimana menangani STRESS!

anda stress ditempat kerja?

di sekolah atau kolej?

di rumah?

atau dimana-mana?

oooo tidakkk..right now..right here::::ada cara-cara untuk menangani stress: take it easy..:D

•Hidroterapi boleh membantu mengurangkan kadar dengutan jantung yang kadang kala boleh menyebabkan stress. Cuba mandi dengan air sejuk bagi mengimbangi metabolisme. Semasa anda mandi, biarkan aliran air mengalir di sebelah kanan tangan. Kemudian, barulah dibasahkan di bahagian belakang badan. Semasa melakukan ini, pastikan air mengalir di bahu kanan dan barulah di sebelah kiri.

•Bersenam 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.


•Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan pencetus tekanan. Pilih persekitaran selesa dan bersesuaian diri anda.

•Menguap boleh membantu anda relax dengan meregangkan otot-otot, meningkatkan pengambilan oksigen dan menghilangkan tekanan.


•Penggunaan minyak bunga lavender di seluruh badan selepas mandi boleh membantu mengurangkan tekanan. Ini kerana agen aktif minyak lavender akan meresap di dalam kulit dan hidung sekali gus menghilangkan stres.

•Kekacang juga adalan sumber vitamin dan mineral yang menyokong sistem kardiovaskular. Memakannya membantu mengurangkan stres dan meningkatkan penumpuan.


•Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang menimbulkan kepuasan.

•Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.


•Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan serta, menarik nafas panjang akan merehatkan otot-otot.

•Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup.


•Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama.

•Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.


•Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.

•Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingan.


•Elakkan menerima kerja yang terlalu banyak.

•Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memutuskan sesuatu.


•Belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan dimiliki apabila berasa tertekan.

•Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan.

notes::kdg2 kertas juga merupakan tempat meluahkan stress yg bagus...xpun makan banyak2 biar gemuk..haha

Read More

Friday, August 13, 2010

Kebaikan Berpuasa (2)

lagi beberapa kebaikan amalan berpuasa terhadap kesihatan..kali ini lebih kepada hasil kajian perubatan barat::

1. kajian perubatan Barat menunjukkan beberapa jenis penyakit boleh dikurangkan menerusi amalan berpuasa. Misalnya, demam, bronkitis, sakit kepala, sembelit, sakit perut, alergi terhadap sesetengah makanan, asma, insomnia, masalah kulit, kencing manis, keletihan, kegemukan, kanser dan sawan babi (epilepsi).

2. Manfaat puasa pula berdasarkan banyak kajian mencakupi meningkatkan tenaga, memperbaiki tidur, rasa lebih tenang, merehatkan sistem pencernaan, mengurangkan kesan penuaan, memperbaiki penglihatan dan pancaindera, memperbaiki pendengaran, meningkatkan kreativiti, serta penyahtoksin yang membawa kepada perubahan sikap kepada yang lebih baik kerana kurangnya toksin dalam badan.

3. Elson Haas seorang doktor kesihatan dalam bukunya bertajuk
Tetap sihat dengan Nutrisi: Panduan Lengkap untuk Diet dan Perubatan Nutrisi menyatakan bahawa berpuasa adalah antara terapi semula jadi yang terhebat. Haas juga percaya berpuasa adalah satu kaedah bukan hanya untuk terapi diri, malah untuk masalah perubatan yang lain serta merangkumi masalah kehidupan lebih kompleks

4. Menurut Dr Ben Kim, pengamal perubatan berasaskan herba dari Kanada, berpuasa untuk tujuan perubatan sudah lama diamalkan. Malah, ahli falsafah terkenal seperti Socrates dan Plato juga mencadangkan puasa untuk tujuan memulih dan meningkatkan kesihatan badan. Mahatma Gandhi sendiri dikatakan berpuasa selama 21 hari sebagai usaha meningkatkan rasa hormat antara warga berlainan agama di India.

5. Puasa singkat yang dilakukan dalam beberapa bulan setahun membantu membersihkan dalaman badan. Perbezaannya ialah puasa bentuk moden yang dicadangkan, mencadangkan puasa dimulakan selama 24 jam, kemudian dikurangkan secara berperingkat-peringkat.


sekian...trimas :D:D
Read More

Thursday, August 12, 2010

kebaikan berpuasa

sempena bulan Ramadhan..post kali ini pasal kebaikan berpuasa yang berkaitan dengan kesihatan kita....so baca.....


PUASA adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar ke maghrib. Dari aspek fisiologi dan kesihatan, puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.

Antara manfaat berpuasa::

Detoksifikasi

Proses detoksifikasi adalah proses normal dalam badan untuk membuang, menyingkirkan atau meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa dan juga kulit.

Proses ini dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk dalam badan dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan.

Lemak dalam badan manusia dapat menyumbangkan sebanyak 9,000 kalori setiap kilogram. Untuk badan berfungsi secara normal, kita memerlukan sebanyak 2,000 kalori sehingga 2,800 kalori bergantung pada tahap aktiviti.

Bermakna setiap kilogram lemak berupaya menyumbang tenaga cukup untuk 3 – 4 hari. Perlu difahamkan, simpanan tenaga dalam bentuk lemak ini berlaku bila terdapat lebihan dalam makanan yang kita ambil setiap hari.

Bayangkan kalau dalam setahun, selama 11 bulan, berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh tubuh kita?

Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis menyebabkan berlakunya pelepasan bahan kimia toksik yang turut tersimpan ke dalam saluran darah dan seterusnya disingkirkan melalui kaedah yang disebut di atas.

Ada bahan kimia toksik yang turut tersimpan bersama lemak, yang didapati melalui udara yang disedut, juga akan tersingkir dalam proses autolisis ini. Contohnya DDT, yang dinyahkan melalui air kencing, peluh dan najis.


Proses Penyembuhan

Semasa berpuasa, penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran pemakanan, usus untuk mencerna makanan (disebabkan kurang penggunaannya) kepada sistem yang lebih penting seperti sistem imun dan metabolisme.

Bila kita sedang sakit, perkara yang biasa berlaku ialah kita tidak ada selera makan. Ini adalah satu refleks fisiologi, kerana badan tidak mahu membuang banyak tenaga di usus, bahkan mahu tumpukan pada proses penyembuhan melalui metabolisme dan meningkatkan kemampuan sistem imuniti badan kita.

Dalam berpuasa, perkara ini berlaku secara terancang. Proses sintesis protein dapat berlaku dengan lebih efisien jadi kurangnya berlaku kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik.

Puasa membolehkan sistem pemakanan berehat dan membolehkan tenaga digunakan untuk memperbaiki sistem tubuh lain terutama sistem imun.

Tambahan pula semasa puasa, berlaku penurunan suhu teras badan kita disebabkan metabolisme badan yang rendah dan tahap aktiviti yang menurun. Hormon tumbesaran juga dibebaskan semasa puasa dan ini membantu proses penyembuhan lebih efektif.

Awet Muda

Proses metabolisme yang rendah, penghasilan protein yang lebih efektif, sistem imun yang lebih berkesan dan pertambahan penghasilan hormon dalam badan semasa berpuasa menyebabkan proses rejuvenasi ini seterusnya menyebabkan jangka hayat yang lebih baik.

Selain dari produksi hormon tumbesaran yang lebih banyak, hormon antipenuaan (hormon remaja) juga bertambah penghasilannya semasa puasa.

Meningkatkan Ketajaman Mental

Bila badan kita bebas daripada bahan-bahan toksik yang mengalir dalam aliran darah, kemampuan berfikir akan menjadi lebih tinggi. Apabila kita makan, banyak sumber tenaga dalam darah dan saraf dihantar ke usus untuk proses penghadaman.

Sekiranya tenaga ini tidak diperlukan di usus, ia akan dihantar ke otak untuk proses berfikir. Perkara ini tidak berlaku dalam hari pertama sehingga tiga hari puasa.

Pada awalnya kita akan berasa pening, sugul dan sakit badan. Ini ialah kerana tiga hari pertama tenaga masih digunakan untuk menyahkan toksin yang ada selain dari membersihkan sisa-sisa kotoran dalam saluran makanan.

Selepas dari fasa ini, darah yang mengalir ke otak lebih bersih dari toksik dan menjadikan kemampuan berfikir lebih tinggi. Kita menjadi lebih cergas dan bersikap terbuka, emosi yang lebih stabil dan tajam fikiran.

Faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah semasa berpuasa kita kurang bergantung kepada makanan secara emosinya, kurang terdedah pada makanan atau bahan yang merangsang seperti kafein, gula dan rokok.

Kesan ini selalunya dirasai dalam minggu ketiga puasa, selepas 20 Ramadan.


p/s: posa jangan tak posa :D

Read More

Thursday, July 29, 2010

___40 tips for Happy Life___


tips lg tips lg...tips to be happy...be happy alwaysss :D



1. Walk for 10-30 minutes every day.

2. Sit in silence for at least 40 minutes each day.

3. Sleep for 8 hours. (Prefer to sleep from 10Pm to 5Am)

4. All ways be Energetic, Show enthusiasm and Empathy.

5. Play Your Favorite games.

6. Read good books.

7. Take time to practice Meditation, yoga, and prayer. They provide us with daily fuel for our busy lives.

8. Spend time with people over the age of 70 & with Children’s.

9. Dream more while you are awake.

10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.

11. Drink plenty of water.

12. Try to make at least two people smile each day.

13. Don't waste your precious time and energy on gossip.

14. Forget issues of the past. Don't remind your partner or friends with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

15. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

16. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

17. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.

18. Always try to Smile and laugh more.

19.. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others, try to love others.

20. Don't take yourself so seriously. No one else does.

21. don’t try to win every argument. Agree to disagree.

22. Make peace with your past so it won't spoil the present.

23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
Don't compare your partner with others.

24. You are incharge of your happiness; no one takes the charge

25. Always try to forgive everyone for everything.

26. What other people think of you is none of your business.

27. God is Supreme, GOD heals everything.

28. However good or bad a situation is, it will change.

29. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.

30. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.

31. Envy is a waste of time. You already have all you need.

32. Think always The best is yet to come.

33. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

34. Do the right thing every day.

35. Call your family often.

36. Your Inner most is always happy. So, be happy.

37. Each day give something good to others.

38. Don't over do. Keep your limits.

39. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.

40. Please Forward this to everyone you care about.>>they will hepi too
Read More

Tuesday, July 27, 2010

10 Habits for Highly Effective Brains

read~~~~learn~~~~practice..heeee


1. Learn what is the "It" in "Use It or Lose It".

A basic understanding will serve you well to appreciate your brain's beauty as a living and constantly-developing dense forest with billions of neurons and synapses.

2. Take care of your nutrition.
Did you know that the brain only weighs 2% of body mass but consumes over 20% of the oxygen and nutrients we intake? You don't need expensive ultra-sophisticated nutritional supplements, just make sure you don't stuff yourself with the "bad stuff".

3. Remember that the brain is part of the body.
Things that exercise your body can also help sharpen your brain: physical exercise enhances neurogenesis.

4. Practice positive, future-oriented thoughts until they become your default mindset and you look forward to every new day in a constructive way.
Stress and anxiety, no matter whether induced by external events or by your own thoughts, actually kills neurons and prevents the creation of new ones. You can think of chronic stress as the opposite of exercise: it prevents the creation of new neurons.

5. Thrive on Learning and Mental Challenges.
The point of having a brain is precisely to learn and to adapt to challenging new environments. Once new neurons appear in your brain, where they stay in your brain and how long they survive depends on how you use them. "Use It or Lose It" does not mean "do crossword puzzle number 1,234,567". It means, "challenge your brain often with fundamentally new activities."

6. Aim high.
Keep learning. The brain keeps developing, no matter your age, and it reflects what you do with it.

7. Explore, travel.
Adapting to new locations forces you to pay more attention to your environment. Make new decisions, use your brain.

8. Don't Outsource Your Brain.
Not to media personalities, not to politicians, not to your smart neighbor, not to this blogger... Make your own decisions, and mistakes. And learn from them. That way, you are training your brain, not your neighbor's.

9. Develop and maintain stimulating friendships.
We need social interaction. Which, by the way, is why the Baby Einstein series has been shown not to be the panacea for children development.

10. Laugh. Often.
Especially to cognitively complex humor, full of twists and surprises. Better, try to become the next Jon Stewart, and create your own unique humor.


notes: don't laugh too much..its not good..better you smile always..it good for you!

Read More

Sunday, July 25, 2010

~Simple vs Real Friendship~





A simple friend identifies himself when he calls.
A real friend doesn't have to.

A simple friend opens a conversation with a full news bulletin on his life.
A real friend says, "What's new with you?"
A simple friend thinks the problems you whine about are recent.
A real friend says, "You've been whining about the same thing for 14 years. Get off your duff and do something about it."
A simple friend has never seen you cry.
A real friend has shoulders soggy from your tears.
A simple friend doesn't know your parents' first names.
A real friend has their phone numbers in his address book.
A simple friend brings a glass of drink to you in the party.

A real friend comes early to help you cook and stays late to help you clean.
A simple friend hates it when you call after he has gone to bed.
A real friend asks you why you took so long to call.
A simple friend seeks to talk with you about your problems.
A real friend seeks to help you with your problems.
A simple friend wonders about your romantic history.
A real friend could blackmail you with it.
A simple friend, when visiting, acts like a guest.
A real friend opens your refrigerator and helps himself.
A simple friend thinks the friendship is over when you have an argument.
A real friend knows that it's not a friendship until after you've had a fight.
A simple friend expects you to always be there for them.
A real friend expects to always be there for you!

notes: be a real or be a simple friend to your friends..its up to you :D


be friend with meow2..sometimes they are better than people :)









Read More

Friday, July 23, 2010

Warna Untuk Kesihatan :)

warna sebagai penyelesai masalah???
how to?
jeng je jenggg...cek it out...:D

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. hijau juga baik untuk kesihatan mata..


p/s:: pink utk pempuan jak..hihihihi...
Read More

Wednesday, July 21, 2010

10 K dalam persahabatan

10 K yg mesti ada dalam persahabatan :D

* KECINTAAN
*merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).


* KASIH SAYANG
*lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.


* KEIKHLASAN
*dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.


* KESETIAAN
*terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.


* KEBERANIAN
*dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka..


* KEJUJURAN
*juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.


* KEMAAFAN.
*Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.


* KESEDIHAN.
*Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.


* KEGEMBIRAAN.
*Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.


* KESERASIAN
*di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.

note::sahabat sejati itu wujud walaupun sukar utuk dicari :)

Read More

Saturday, July 17, 2010

Apa itu CINTA?



jiwang2 post..ngeee...must read ni..apa kata mereka tentang cinta??
~~~CINTA~~~


Sifatnya cinta
*Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

*Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

*Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

*Walaupun kewujudan cinta tidak dpt dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

*Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

*Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

*Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

*Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

*Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

*Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

*Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


bak kata pujangga :

cinta pada bunga ia akan layu

cinta pada kumbang ia akan mati

cinta pada Allah ia akan kekal selamanya


notes:cinta bertepuk sebelah tangan itu pedih wooooo..uhu



Read More

Friday, July 16, 2010

7G pada lelaki yang harus dihindari

7G ini harus dihindari oleh para lelaki untuk mengelakkan mereka dibenchi oleh wanita2 comel..haha.....bacaaa...

1. Garang

~garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas

~Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar

~takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar. malu weh...haha

4. Gabrah

~tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja....Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada

~langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb...Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

7. Ganggo

~keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal

~miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri...Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 pura melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

~~jd hindari 7G ini untuk menggelakkan anda dihindari wanita..aha~~
Read More

Thursday, July 15, 2010

~~~SMILE~~~


SMILE FOR YOU

Smiling is infectious; you catch it like the flu,

When someone smiled at me today, I started smiling too.

I passed around the corner and someone saw my grin

When he smiled I realized I'd passed it on to him.

I thought about that smile then I realized its worth,

A single smile, just like mine could travel round the earth.

So, if you feel a smile begin, don't leave it undetected

Let's start an epidemic quick, and get the world infected!


Keep the smile going by sending this on to a friend.



Everyone needs a smile!!!




:) hey people:::::look they are smiling to you :)


Read More

Tuesday, July 13, 2010

10 ways how to get HAPPY>>>>

Here are 20 ideas to get you started. Choose the ones that work for you. If tuning out the news or making lists will serve only to stress you further, try another approach.

1. Practice mindfulness.
>Be in the moment. Instead of worrying about your checkup tomorrow while you have dinner with your family, focus on the here and now -- the food, the company, the conversation.

2. Laugh out loud.
>Just anticipating a happy, funny event can raise levels of endorphins and other pleasure-inducing hormones and lower production of stress hormones. Researchers at the University of California, Irvine, tested 16 men who all agreed they thought a certain videotape was funny. Half were told three days in advance they would watch it. They started experiencing biological changes right away. When they actually watched the video, their levels of stress hormones dropped significantly, while their endorphin levels rose 27 percent and their growth hormone levels (indicating benefit to the immune system) rose 87 percent.

3. Go to sleep.
>We have become a nation of sleep-deprived citizens. Taking a daily nap or getting into bed at 8 p.m. one night with a good book -- and turning the light out an hour later -- can do more for your mood and outlook on life than any number of bubble baths or massages.

4. Hum along.
>Music soothes more than the savage beast. Studies find music activates parts of the brain that produce happiness -- the same parts activated by food or sex. It's also relaxing. In one study older adults who listened to their choice of music during outpatient eye surgery had significantly lower heart rates, blood pressure, and cardiac workload (that is, their heart didn't have to work as hard) as those who had silent surgery.

5. Declutter.
>It's nearly impossible to meditate, breathe deeply, or simply relax when every surface is covered with papers and bills and magazines, your cabinets bulge, and you haven't balanced your checkbook in six months. Plus, the repetitive nature of certain cleaning tasks -- such as sweeping, wiping, and scrubbing -- can be meditative in and of itself if you focus on what you're doing.

6. Just say no.
>Eliminate activities that aren't necessary and that you don't enjoy. If there are enough people already to handle the church bazaar and you're feeling stressed by the thought of running the committee for yet another year, step down and let someone else handle things.

7. Make a list.
>There's nothing like writing down your tasks to help you organize your thoughts and calm your anxiety. Checking off each item provides a great sense of fulfillment.

8. Do one thing at a time.
> Edward Suarez, Ph.D., associate professor of medical psychology at Duke, found that people who multitask are more likely to have high blood pressure. Take that finding to heart. Instead of talking on the phone while you fold laundry or clean the kitchen, sit down in a comfortable chair and turn your entire attention over to the conversation. Instead of checking e-mail as you work on other projects, turn off your e-mail function until you finish the report you're writing. This is similar to the concept of mindfulness.

9. Garden.
>Not only will the fresh air and exercise provide their own stress reduction and feeling of well-being, but the sense of accomplishment that comes from clearing a weedy patch, watching seeds turn into flowers, or pruning out dead wood will last for hours, if not days.

10. Tune out the news.
>For one week go without reading the newspaper, watching the news, or scanning the headlines online. Instead, take a vacation from the misery we're exposed to every day via the media and use that time for a walk, a meditation session, or to write in your journal.

kiji:so be happy..and don't forget to smile always
Read More

Sunday, July 11, 2010

perempuan: jangan TERLALU!!!

perempuan2 dan wanita2: berjaga-jagalah anda: jangan terlalu>>>>

1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan - Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat - Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur - Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan kadang2 terlebih.

13. Terlalu banyak makan - Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).

14. Terlalu minum minuman berais - Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

kiji: aih semuaaa nda boleh :p
Read More

Wednesday, July 7, 2010

Penyebab sering sakit kepala

pening?
sakit kepala?
mesti ada penyebabnya...yahhh..cek it out...o_O

1~Merokok
Merokok ataupun menghidu asap rokok boleh menyebabkan sakit kepala. Jika kita mahu berhenti daripada merokok, ada kemungkinan yang kita akan mengalami sakit kepala untuk beberapa hari yang pertama. Walaubagaimanapun kita hendaklah cuba bersabar dan meyakini bahawa lambat laun sakit kepala kita itu akan hilang juga hasil dari meninggalkan tabiat yang kurang sihat itu.makanyaaa:berhenti merokok mas :D


2~Kelaparan
Kadar gula yang rendah di dalam darah boleh menyebabkan kepala rasa tidak selesa dan akan menjadi sakit jika kelaparan berterusan. Mereka yang tidak bersarapan mungkin merasakan sedikit sakit kepala di waktu pagi, yang mana ia hilang selepas mereka mengambil makanan. Mereka yang menguruskan badan dengan berdiet sering mengalami sakit kepala kerana kekurangan kadar gula dalam darah.


3~Kafein
Bagi peminum kopi, nescafe, the ataupun cola, boleh menyebabkan sakit kepala yang berdenyut-denyut pada hari-hari di mana mereka kurang meminumnya. haiya: i like nescafe rich..can't stop woo4!!


4~Persekitaran
Cahaya yang terlampau terang atau berkelip-kelip boleh menganggur aktiviti otak dan meletihkan mata. Begitu juga bilik yang terlampau panas, bau-bauan yang kuat atau bunyi bising boleh mendatangkan sakit kepala.


5~Faktor Fizikal
Memakai tutup kepala seperti skaf atau topi yang terlalu ketat, cermin mata yang tidak sesuai boleh memberi gangguan otot mata. Sakit gigi juga boleh menyebabkan sakit kepala yang kuat.


6~Cuaca
Mereka yang sensitif kepada cuaca mungkin mengalami sakit kepala sebelum berlakunya rebut petir ataupun pada hari yang panas di tempat yang tertutup. Cuaca yang sejuk, terutamanya bila angina bertiup kuat, boleh menyebabkan otot-otot kepala mengecut lantas menyebabkan sakit kepala.


7~TV / Wayang
Apa-apa aktiviti yang memerlukan kita memeberikan tumpuan untuk jangka waktu yang lama boleh mendatangkan sakit kepala. Ramai orang yang keluar dari panggung wayang mengalami sakit kepala. Sebaik-baiknya duduklah berjauhan dari skrin TV kerana ia boleh membantu melegakan ketegangan pada otot mata.


8~Ubat Penahan Sakit
Walaupun ubat penahan sakit seperti aspirin, paracetemol ataupun panadol diambil untuk melegakan sakit kepala, ianya boleh mendatangkan sakit kepala yang lain pula pada keesokan harinya. Mereka yang mengambil 30 biji / lebih ubat penahan sakit dalam sebulan sering mengalami sakit kepala yang dipanggil 'analgesic'. Berhenti mengambilnya untuk selama seminggu akan menghilangkan sakit kepala ini dengan segera.

~sakit kepala menggangu berfikir dan bekerja dengan baik~huu
Read More