Monday, June 7, 2010

Padah Kasut Tumit Tinggi Bagi Wanita 40-An



Pemakaian kasut tumit tinggi bagaikan sudah menjadi lumrah bagi golongan wanita. Bahkan mereka menyatakan terasa diri lebih yakin apabila menyarung kasut bertumit tinggi ke tempat kerja atau sekadar ke kedai runcit berhampiran rumah. Jika tidak kasut setinggi 5" pun mereka pasti menyarung kasut bertumit 1" atau sekurang2nya 3".


Sedarkah kita sebenarnya pemakaian kasut tumit tinggi boleh menjejaskan kesihatan apatah lagi bagi wanita yg telah mencecah usia 40-an keatas.

Padah bagi tulang Osteoporosis.
* individu yg sudah berusia 40-an berisiko tinggi menghadapi keadaan tulang rapuh atau Osteoporosis. Justeru hal ini boleh memberi kesan teruk jika seseorg itu tergelincir, kerana keberangkalian untuk mengalami keretakan tulang adalah tinggi.

* Tergelincir berlaku apabila seseorg gagal mengawal keseimbangan tubuh apabila berjalan kerana keadaan tumit dan bahagia depan kaki tidak stabil berada di tanah. Oleh tu elakkan berkasut tinggi supaya tidak mudah tergelincir sehingga akhirnya anda perlu bertongkat sepanjang masa.

Padah bagi kesihatan
* Pelbagai masaalah kesihatan lain boleh timbul apabila mnemakai kasut tumit tinggi selama bertahun-tahun. Hal ini menyebabkan cara jalan seseorang berubah kerana meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26% pada lutut. kasut bertumit 2.5" memberi 50% tekanan manakala kasut bertumit 3" memberi 76% tekanan pada kaki. Tulang juga boleh berubah kerana di paksa masuk ke daalam tumit tinggi yang ketat dan runcing pada bahagian depan.

* Kasut tumit tinggi direka untuk menolak bahagian dada ke depan dan punggung kebelakang. Hal ini membuatkan tulang punggung terkeluar daripada kedudukan asalnya. Pelbagai masaalah kesihatan akan timbul antaranya :-

1 . Tulang bahagian belakang kaki membesar dan menyakitkan

2 . Kencing tidak lawas dan sakit belakang kerana perubahan pinggul.

3 . Gangguan kitaran haid dan membawa masaalah kesuburan.

4 . Sakit belakang badan kerana beban tubuh disokong secara tidak seimbang.

5 . Otot betis kejang terutama wanita hamil kerana menampung berat badan berlebihan.

Wanita disarankan elakkan memakai kasut bertumit tinggi demi kesihatan tubuh dalam jangka masa panjang. Jika anda mula berkasut tinggi sejak usia 20-an, maka kesannya hanya anda lihat selepas 10 tahun kemudian.
Oleh yang demikian, ketika anda berada dalam usia 40-an, baru anda akan berasa kesannya. Kaki anda sakit2 dan seluruh tubuh anda akan mulai berasa kurang selesa. Wajarkah anda menanggung segala ini hanya kerana kasut yang anda pakai??

0 comments: