Tuesday, June 22, 2010

Petua untuk menjaga Rambut>>


Beberapa petua pengurusan rambut :D

1. Meluruskan rambut yang keriting

>Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

2. Melembutkan rambut

>Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

>Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur

>Petua 3 : Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

3. Merawat keguguran rambut

>Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas dibiarkan selama setengah jam. baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pastirambut menjadi bersinar serta tiada masalahkeguguran sekali

4. Merawat rambut berbuah dan bercabang

>Petua 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.

>Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.

5. Menghilangkan kelemumur

>Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

:biji halba??


0 comments: