post kali ini: dikongsikan beberapa Petua Kecantikan Tradisional atau lebih dikenali sebagai Petua orang tua-tua..hehe..sy sendiri belum berkesempatan untuk mencuba semua petua ini...so lets try~
- Buah tomato dikisar halus.
- Lumurkan pada muka seberapa ketika.
- Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.
- Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam.
- Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
2. Melentikkan Bulu Mata
- Ambil daun lidah buaya
- Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata
- Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
3. Kulit Cerah dan Licin
- Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua
- Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan
- Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
4. Rambut Lebat
-Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.
-Selawat 3 kali
-Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
5. Mengempiskan Perut (1)
- Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
- Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
- Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.
6. Mengempiskan Perut (2)
- Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
- Embunkan semalaman.
- Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
7. Mengelak perut buncit
-Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
-Minum air setelah selesai makan
-Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.
-Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
8. Menyegarkan Mata
- Ambil timun yg telah dihiris
- Lekapkan pada kelopak mata
- Pejamkan mata utk berapa ketika.
- Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
9. Mengelak Rambut Gugur
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.
- Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.
- Perap ramuan di atas kepala selama sejam.
- Lakukan 2 kali seminggu.
- Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
10. Sihat Tubuh Badan
-Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan.
-Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun)
-Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .
11. Melangsingkan Tubuh
- Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Parutan itu - - - Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati
- Minum dua kali sehari.
-Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
12. Menghilangkan Parut di Kulit
- Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat
- Campurkan serbuk ini dengan sedikit air
- Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk
- Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut
- Lakukan sekerap yg mungkin
- Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.
- Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
13. Menghilangkan Kelemumur
- Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala
- Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam
- Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala.
- Basuh dgn air suam.
- Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
14. Rambut Gugur
- Rendamkan kacang hijau semalaman.
- Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2.
- Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.
- Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
15. Menghilang ketumbit mata
- Gesel 2 batang sudu.
- Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit
- Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
16.Menghilangkan Jerawat
- Campur bedak sejuk dan asam jawa.
- Selawat pada Nabi 3 kali.
- Sapukan di muka dan di tempat jerawat
- Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
17. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit
- Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.
- Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam.
- Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.
18. Menghilangkan Lebam Mata
- Teh uncang yg telah digunakan jangan buang.
- Lekap pada mata dan biarkan semalaman.
- Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
notes: petua org muda-
~melangsingkan badan: sediakan duit sebanyak mungkin (atau sehingga diyakini cukup) lalu pergilah ke Slim World dan dapatkan perkhidmatanya..pasti akan mendapat tubuh ideal seperti era fazira..hihihihihi...cuba jgn tak cuba
0 comments:
Post a Comment