BELAJAR CARA SISTEM PQRST
sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading in Every Class"
berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini:
(a) Preview-mengimbas tajuk2 penting
~dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk2 kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab
(b) Question-menyoal
~daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.
(c) Read-membaca
~membaca sesuatu tajuk akan menjdai lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik.
(d) Self Rectiation-menyebut satu persatu
~apabila sudah membaca anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota yang telah anda catat.
(e) Test-ujian
~untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya anda perlu membuat penilaian kendiri. dua cara boleh dilaksanakan iaitu melakukan ujian2 tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.
selamat mencuba dan selamat beramal..hihi
0 comments:
Post a Comment