maka dengan ini DIGARISKAN beberapa "garisan" untuk perempuan2,gadis2 mahupun wanita2 diluar sana bagi menjadi gadis sejati yang cantik Luar dan Dalamnya..zahir dan batinnya..dan bagi memelihara "Natural Beauty"<<----kata org Dusun :p
*Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat.
*Menjaga  cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan  keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan  perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah,  benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan  masam. 
*Menjaga kulit. Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Makanan  yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar  patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. 
*Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. 
*Jangan banyak berangan.
*Jangan banyak berangan.
*Menjaga  rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan  terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala  100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka  pada gadis berambut panjang tapi kemas. 
*Menjaga cara berjalan.  Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu  dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju.  Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng  (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. 
*Menjaga  gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh.  Kalau duduk di atas kerusi, eloklah silang panggung. Jangan mengangkang.  
*Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
*Menjaga senyum. Latihlah senyum, jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik. 
*Menjaga  mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata  dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu  kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada  buah hati anda. 
*Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu  atau saudara bila keluar. Minta dari izin ibubapa. Pakai pakaian sopan.  Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.  Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang  lain. 
notes: yg penting jadilah diri sendiri..no need to pretending..:D
 
 




 
 

 
 
 
 
 RSS Feed (xml)
 RSS Feed (xml)
0 comments:
Post a Comment