Friday, December 9, 2011

5 perkara yang tidak disukai wanita mengenai lelaki

(1) Perhubungan- Wanita secara umumnya lebih terbuka untuk menceritakan mengenai perhubungan mereka terhadap rakan, keluarga dan sebagainya. Manakala lelaki pula lebih selesa untuk menyembunyikan perhubungan mereka. Disebabkan perkara inilah ramai wanita tidak suka mengenai lelaki. Mereka lebih merasakan bahawa jika seseorang lelaki menyembunyikan perhubungan, pasti lelaki tersebut mempunyai niat yang lain. Ia mungkin benar dan mungkin juga tidak. Mungkin lelaki tersebut mempunyai alasan yang tersendiri untuk menyembunyikannya.

(2) Diabaikan- Lelaki lebih gemar untuk menghabiskan masa mereka bersama rakan tetapi wanita pula lebih gemar untuk menghabiskan masa bersama pasangan. Perkara ini tidak disukai wanita kerana akan membuatkan mereka berasa terabai sekiranya lelaki gagal untuk menemani mereka.

(3) Persahabatan- Sesetengah wanita tidak suka melihat perhubungan pasangan mereka bersama rakan wanita yang lain. Adalah lebih teruk sekiranya mereka juga tidak suka melihat perhubungan pasangan mereka dan juga rakan lelaki. Ini disebabkan kerana lelaki kebiasaannya akan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan-rakan berbanding pasangan mereka sendiri. Perkara ini tidak disukai wanita kerana merasakan kedudukan mereka telah tergugat.

(4) Penipuan- Wanita tidak suka terhadap lelaki yang suka menipu. Sekiranya penipuan lelaki tersebut terbongkar, pasti kata-kata “lelaki semua sama” akan dilontarkan.

(5) Hubungan yang lalu- Wanita tidak suka apabila lelaki menceritakan mengenai perhubungan mereka yang lalu, berapa banyak teman wanita yang mereka telah ada dan sebagainya. Ia membuatkan mereka berasa meluat untuk mendengarnya kerana perkara tersebut adalah perkara yang paling tidak disukai wanita. 
 
@kiji: memahami dan bertolak ansur adalah yg terbaik dalam perhubungan..kan..^_^

0 comments: